
Anonymous
5 tahun
Masalah kencing berdarah lelaki
semasa kencing awal subuh keluar bersama air kencing darah yg banyak dan ketulan darah beku.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing berdarah boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
- Penyakit auto-imun seperti IgA nefropati, penyakit membran basement nipis (Thin Basement Membrane Disease)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.