
Sulit
3 tahun
Masalah kencing malam diusia 27 thun
Hello doctor akak saya berumur 27 tahun pada mulanya dia mengalami kencing malam 3 bulan sekali masalah ini berlarutan sehingga setahun dan sampai satu tahap dia pernah mengalami kencing malam dimana 1 malam hampir 2 atau 3 kali , semasa kami kanak2 kami pernh mengalami masalah kencing malam tetapi kami dapat mengatasi masalah ini sewaktu kami berumur 15 thun , Tetapi masalah kencing malam ini hanya terjadi pada akak saya yang sekarang sudah berumur 27 thun . Apa pandangan doctor tentang masalah yang akak saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala kakak anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kelemahan otot saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Kecederaan pada pundi kencing atau saluran kencing
- Batu karang kencing
- Penyakit kelenjar
- Gangguan saraf pundi kencing
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.