Anonymous
6 tahun
Masalah kencing tak lawas
saya remaja berumur 18 tahun dan mengalami masalah kencing tak lawas. perkara ini berlaku sejak saya makan kerang rebus di sebuah kedai. selepas saya makan kerang tersebut, apabila pulang ke rumah saya terus muntah2 dan keesokan harinya terdapat bisul yang bernanah di punggung saya. masalah ini juga di datangi dengan kencing saya yang tak lawas sejak saya makan kerang itu. apa patut saya buat untuk hilangkan masalah kencing tak lawas ni doktor? saya dah tak tahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.

































