
Sulit
3 tahun
Masalah keputihan dan batu karang semasa mengambil vaksin sinovac
saya telah mendapat vaksin dos 1 pada 28 jun 2021, saya mempunyai masalah batu karang dan masalah keputihan semasa mengambil vaksin sinovac. Adakah saya selamat untuk pengambilan vaksin dos ke 2 dengan sinovac juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, semua individu disarankan mengambil vaksin Covid-19 dalam usaha membendung wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Hanya individu yang mempunyai sejarah alahan yang teruk kepada ubat-ubatan tidak boleh mengambil vaksin ini. Kami memahami anda menghidapi penyakit batu karang dan masalah keputihan. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini tidak menjadi halangan untuk pengambilana vaksin.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-88-828.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini