
Sulit
4 tahun
Masalah kerap kencing dan perut cramp
Saya wanita berusia 27 tahun. Semenjak minggu lepas saya mengalami masalah kencing yg kerap dan kadang kala sakit mungkin disebabkan terlalu kerap membuang. Dan juga saya juga mengalami masalah sembelit yang mana sebelum ini saya normal dalam membuang dan setiap hari membuang tetapi sejak minggu lepas saya mempunyai masalah sembelit. Perut saya jugak selalu sakit seperti cramp dan selalu rasa ingin muntah tetapi tidak muntah. Adakah disebabkan saya mengamalkan folic acid atau saya telah hamil? Saya start makan folic acid sebulan sebelum tarikh period. Last date period saya adalah pada tarikh 28/May/2020.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, asid folik bagus untuk mengelakkan masalah neural tube defect sewaktu kandungan. Antara kesan sampingam yang boleh berlaku disebabkan pengambilan asid folik:
- Tiada selera makan
- Alahan/ sensitif terhadap asid folik menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam
- Muka kemerahan dan panas
- Letih dan lesu
Dalam maklumat kami, asid folik tidak membuatkan kerap kencing. Manakala, masalah kerap kencing boleh disebabkan perkara berikut:
- Kerap minum air
- Kencing manis
- Masalah buah pinggang
- Masalah eletrolit (Tinggi kalsium)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.