Sulit
6 tahun
Masalah kerap pergi ke tandas untuk kencing
Saya wanita berumur 21. Sejak beberapa hari yang lalu saya mengalami masalah kerap kencing tidak sampai 5 minit saya akan pergi ketandas kerana tidak dapat menahan rasa ingin membuang air kencing.Apabila saya membuang air kecil. saya akan merasa nyilu dibahagian bwah perut. Boleh doktor memberikan apakah sebabnya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pada saluran kencing
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penyakit kencing manis
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































