
aidil870531
4 tahun
Masalah kesihatan berkaitan diri
Salam sejahtera…
Saya ada masalah yang saya tidak tahu punca… contoh apabila saya keluar dari rumah untuk buat urusan,saya akan sakit perut… andaikata perjalanan saya sejauh 40km saya terpaksa berhenti untuk ke tandas sebanyak 5-7 kali… masalah ini tidak berlaku jika saya di rumah… berlaku apabila saya keluar dari rumah sahaja perkara ini terjadi hingga saya tak berani nak jamah apa2 makanan atau minuman waktu berurusan diluar… sehari dua sebelum buat urusan, saya jaga pemakanan dan pada hari saya perlu berurusan saya sudah ke tandas waktu pagi… tapi akan perut akan meragam waktu dalam perjalanan… boleh saya tahu adalah ini anxiety disorder? Saya pernah buat DASS TEST…
Depression 36
Anxiety 28
Stress 30
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Stres atau tertekan
- Kegelisahan atau anxiety
- Kemurungan
- Perut yang terlalu aktif
- Irritable bowel syndrome
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Berkenaan ujian DASS anda, kami sarankan anda membawa keputusan tersebut berjumpa dengan doktor supaya anda dapat diperiksa dengan lebih lanjut termasuk masalah sakit perut anda dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami yang bertauliah secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.