
Sulit
5 tahun
Masalah kesihatan kanak kanak:Najis warna hijau
Saya nak tanya…adakah normal kalau kanak kanak 1 tahun buang najis warna hijau.seperti warna lumut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis kanak-kanak berumur dalam lingkungan 1 tahun yang berwarna hijau boleh disebabkan:
- Kurang penghadaman - makanan atau susu
- Kesan ubat - jika baru menerima ubat
- Kesan sakit seperti demam atau sakit perut
- Alahan makanan
- Jangkitan perut
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.