
Sulit
5 tahun
Masalah kesihatan mental mak saya
Hai doktor…terima ksh sudi baca dan jwp soalan sy…ini berhubung malasah mental mak sy…mak sy warga emas umur 63 thn…apa yg pelik dia banyak bercerita tentang diri dia dan benda tu tak pernah jadi seolah2 dia bercerita mimpi dia je atau kanyalan…apa tanda nya doktor…adakah itu tanda mak sy dh nk jd nyakyuk atau ada sakit lain? mak sy tak ada kencing mns atau pn drh tinggi…cuma cara pemakanan dia tak ckup zat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada kebanyakan warga berusia terdapat kondisi yang dikenali sebagai Dementia yaitu penurunan kebolehan untuk berfikir, mengingat (memori) dan menganalisa (reasoning) sesuatu. Dementia boleh terjadi akibat pelbagai perkara seperti:
- Alzheimer yang juga dikenali dalam bahasa awam sebagai nyanyuk
- Penyakit vaskular seperti stroke
- Akibatan ubatan
- Terkait penyakit Parkinson
- Lewy bodies dementia yaitu apabila terdapat deposit protein yang tumbuh di saraf otak
- Frontotemporal dementia
Sebaiknya anda merujuk doktor tentang kondisi ibu anda, hal ini kerana sebahagian penyebab dementia adalah reversible, maka boleh sembuh dengan ubat. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa sebahagian yang lain penyebab dementia adalah bersifat irreversible dan progresif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.