
Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan mental
doktor, sy berumur 29 tahun.sy ada masalah ketagihan menonton video porno…skarang sy rasa kesihatan mental sy terganggu…sy sukar untuk fokus utk buat sesuatu…termasuk kerja juga terganggu…sy jadik keliru dan susah utk faham apabila orang bercakap dgn saya…badan sy juga menjadi lemah dan tak bermaya apabila kerap melakukan onani…boleh doktor terangkan apa sebenarnye yg terjadi pada sy???dan bolehkan kesihatan mental sy pulih?dan bagaimana cara utk pulihkan kesihatan mental sy dan juga cara utk berhenti dr ketagihan mnonton video porno…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan masalah ketagihan pornografi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, menonton pronografi adalah satu perbuatan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan bukan ahaja pemikiran, malah hubungan dan juga kehidupan anda.
Ketagihan menonton pornografi ini boleh membuat anda, hilang fokus serta menjejaskan fizikal akibat tabiat onani. Untuk mengembalikan kesihatan mental dan fizikal anda, anda perlulah meninggalkan tabiat ini.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah,
- elakkan bersendirian
- lakukan aktiviti lain yang berfaedah bagi mengisi masa anda
- Sentiasa sedar dan fikir tentang keburukan tabiat ini dan segera alihkan perhatian apabila teringat tentangnya. - Jauhi daripada menonton filem atau drama yang mempunyai adegan yang boleh membuat anda teringat
Anda disarankan untuk merujuk kepada profesional perubatan seprti doktor atau pakar kaunseling bagi membantu anda. Anda juga haruslah mempunyai azam yang kuat dan berusaha untuk meninggalkan tabiat ini.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.