
Sulit
5 tahun
Masalah- kesihatan -wanita
Hai doc,saya ingin bertanya…
Mengapa setiap kali saya nak datang haid belkang pinggang sya niglu smpi ke pingul dan ari2 sya pun terasa sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Ini merupakan tindak balas normal dalam sesetengah wanita dan dapat dikawal dengan pengambilan ubat tahan sakit. Namun, sekiranya senggugut anda lebih daripada biasa dan sukar dikawal, terdapat kemungkinan anda mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.