
Sulit
5 tahun
Masalah kesihatan yang saya alami ialah sakit tekak dan sakit kepala yang datang tidak berterusan malah kadangkala terasa mata saya sakit
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, doktor.
Saya merupakan pelajar praktikal di sebuah tempat awam, semasa wabak Covid-19 ini sedang menular saya telah pun bermula praktikal di sebuah syarikat ini, sejak beberapa hari yang lalu saya mula terasa pening kepala tetapi tidak terlalu teruk kerana ia berlaku setelah saya pulang dari kerja dan keesokan hari setelah saya bangun ia kembali pulih seperti sediakala. Manakala bagi sakit tekak saya ini, ia bermula beberapa hari yang lepas, saya sememangnya seorang yang kurang minum air kosong tetapi kali ini sakit tekak saya seperti lain dari biasa. Saya mula be rasa letih tapi saya beranggapan itu adalah keletihan akibat bekerja. Tekak saya tetap sakit walau air kosong telah banyak saya minum. Suhu badan saya tidak tinggi dan saya tidak merasakan sebarang tanda lain untuk demam cuma setiap kali saya sakit tekak saya pasti ia adalah punca untuk saya demam. Daripada penerangan saya ini, boleh jika doktor analisa Apakah sebabnya, adakah saya perlu ke klinik berhampiran dengan kadar segera? Saya sebenarnya agak takut untuk pegi ke klinik pada ketika ini kerana wabak yang kian menular akan menyebabkan sakit saya lebih teruk kerana di klinik lebih banyak kuman dan virus akan saya dekat. Boleh saya dapatkan pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Terima kasih, doktor.

5 tahun
Waalaikumussalam dan Selamat Sejahtera,
Terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan simptom anda seperti pening, sakit tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala sakit tekak/batuk boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/