
Sulit
5 tahun
Masalah kesulitan tentang datang bulan
sebelum ini period saya teratur dan tiada masalah,saya berumur 32 tahun,tetapi selepas sebulan yg lepas saya dtg period 2 kali dalam sebulan selepas melakukan hubungan sex,adakah disb kan hentakan yg kuat?
23 aug-29 aug period berlaku,kemudian seminggu bersih,saya mgadakan sex,kemudian 8 sept 14 sept period datang balik,28sept
saya mgadakan hubungan sex,30 sep saya datang period pendarahan balik mcm period,sekarang hari ke tujuh saya period masih ader sedikit darah,masih belum kering,boleh doc kira kan ,adakah ini normal or tidak normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - faktor risiko seperti ujian pap smear positif, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin/diclofenac
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.