
Sulit
3 tahun
Masalah ketagihan ketum
Assalamualaikum doktor . Saya wanita berumur 20an … saya mengalami masalah ketagihan ketum . Saya nak berhenti dari minum ketum sbb saya nak kawin tk lama lgi . Saya minum ketum hampir 1 tahun lebih . Haritu saya ada cuba berhenti . Saya berjaya tk minum air ketum hampir 5 hari . Tpi masuk hari kelima ketagihan saya makin teruk . Sakit urat , tk boleh tdo mlm , sakit pinggang . Saya dh nekad nk berhenti . Boleh saya dptkan nasihat doktor mcm mana saya nk berhenti dari minum ketum ? Atau ada apa2 ubat yg boleh bantu saya untuk berhenti dri minum ketum .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah ketagihan ketum. Kami bersimpati dengan keadaan anda dan akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian menunjukkan ketum mempunyai tahap ketagihan hampir sama seperti opioid dan heroin. Ia amat serupa dengan heroin hingga kepada tahap dos dan kesan. Bagi membantu anda mengatasi ketagihan tersebut, kami menyarankan:
- Senaraikan keburukan meneruskan pengambilan ketum
- Sentiasa megingati orang tersayang dan bagaimana ketagihan akan memberi kesan kepada mereka
- Luahkan perasaan anda kepada orang yang anda percayai
- Mandi air sejuk bila ada ketagihan untuk hilangkan keresahan
- Menjauhi rakan serta tempat penjualan ketum
- Mendapatkan nasihat doktor di klinik
Berikut merupakan senarai umum mengenai cara mengatasi ketagihan. Kami menyarankan jika agar semua masalah lanjut dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.