
Sulit
5 tahun
Masalah ketagihan minum air ketum
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya peminum ketum hampir 4 tahun. Niat nak berhenti tahun ni sebab dah nak kahwin. Tapi mampu berhenti satu hari je. Sukar untuk berhenti minum bila tak ambil ketum badan terasa amat sakit, nak tido malam tak boleh, hidung berhingus. Boleh saya dapatkan nasihat doctor? Dan ubatan apa yang perlu saya ambil? Bantu saya doktor, saya dah tak sanggup hidup macam ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan pihak anda, pengambilan air ketum ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan rumah tangga. Maka, saya sarankan anda berhenti mengambilnya bukan hanya sehari namun selama-lamanya.
Bagi mengelakkan kesan sampingan untuk berhenti mengambilnya, rawatan terapi bersama doktor diperlukan kerana tiada alternatif ubat ubatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih