
Sulit
5 tahun
Masalah ketegangan kemaluan
Saya berusia 57 tahun dan bermasalah untuk mencapai ketegangan zakar akhir akhir ini. Saya ada masalah diabetes yang sejak 10 tahun yang lalu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah mati pucuk yang anda alami ini boleh ditangani dengan beberapa langkah seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawalan diabetes yang lebih baik
- Penggunaan ubat untuk mati pucuk - ubat ini memerlukan preskripsi doktor dan konsultasi lanjut
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.