
Sulit
3 tahun
Masalah ketika kencing terasa ngilu dan sakit
umor saya baru 17 tahu doktor saya dah 1 bulan mcm ni mcm mcm cara try buat tapi tetap sama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi iaitu kencing terasa ngilu dan sakit. Berdasarkan keterangan anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan kepada anda. Bagaimanapun, kami akan cuba membantu anda dengan memberikan penjelasan secara umum.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan kulat
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan penyakit kelamin
Atau ia juga boleh diakibatkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut dan kesimpulan yang lebih sempurna mengenai masalah sakit ketika kencing yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .