Sulit
4 tahun
Masalah ketika sedang tidur
saya seorng pelajar yg akan sambung belajar tidak lama lagi , saya mempunyai satu masalah yg merunsingkan saya memandangkan saya akan smbung belajar ke kolej tidak lama lagi,masalah saya ialah sejak kecil hingga sekarang apabila saya tidur , saya kerap mengeluarkan air liur basi dan ianya berbau , bukan itu sahaja , saya pernah beberapa kali terkencing tilam dan saya malu dengan masalah ini , adakah saya mempunyai sebarang masalah kesihatan? saya sangat malu untuk sambung belajar di kolej nanti jika perkara ini tidak dapat diselesaikan
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda bimbang dengan keadaan anda yang sering mengeluarkan air liur basi semasa tidur. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah ini. Antaranya adalah seperti berikut:
- Menukar posisi tidur dengan membenarkan graviti menarik air liur ke rongga tekak seperti tidur secara
melentang. - Menggunakan alat yang membantu untuk merapatkan bibir kerana tidur secara mulut ternganga akan
menyebabkan air liur meleleh. - Mengambil ubat. Namun ubat ini hanya akan diberi jika langkah-langkah diatas tidak berkesan.
Untuk masalah kencing malam anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing malam, antaranya:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan saya dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.































