Sulit
5 tahun
Masalah kitaran haid dan saya confuse sama da saya period atau mengandung
saya wanita berumur 22 tahun. kitaran haid saya selalunya 3-4 hari sahaja. bulan lepas, saya datang haid 4 hari. selepas lebih kurang 10 hari, saya ada melakukan seks bersama suami. selepas bersama, ada tompokan darah berwarna merah jambu dan coklat. kitaran haid saya lebih kurang 25-26 hari. selepas beberapa hari mengalami, saya datang bulan pada hari ni. adakah itu normal? ada harapan untuk saya mengandung? saya belum membuat urine test kerana saya takut kecewa
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Stress
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
- Penggunaan pil perancang
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Masalah tiroid
- Masalah ovari atau sista ovari
- Ovulation spotting
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























