
Anonymous
5 tahun
Masalah kitaran haid tidak normal
Saya wanita berumur 31 tahun dan mengalami masalah period tidak teratur. Period pertama saya ketika saya berumur 13 tahun (2001) dan period terakhir (normal) ketika berumur 17 tahun (2005). Period saya terhenti selama 2 tahun selepas itu dan saya ada berjumpa dengan pakar di kuantan pada tahun 2008 . Doktor disana hanya mengatakan saya ada masalah hormon dan perlu mengawal berat badan untuk period kembali normal. Doktor juga memberi saya pil hormon mercilon untuk regularkan semula kitaran haid saya. Masalah saya sekarang kitaran haid saya tetap tidak teratur walaupun terus consume mercilon tersebut. Untuk pengetahuan doktor, sejak kebelakangan ini, saya mengalami kekejangan perut disebelah kiri dan kadang-kadang terasa sakit di bahagian perut sebelah kanan.
Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Adakah saya perlu mendapatkan consultation dari pakar lain?
Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.