
Sulit
3 tahun
Masalah Kitaran period yang tidak stabil
Hello doc, saya berumur 24 tahun. Berat saya 65kg dan ketinggian saya 150cm. Sejak 4 tahun kebelakangan ini period saya tidak teratur sama sekali. Kadang dalam setahun saya hanya period dalam 2 atau 3 kali sahaja.
Saya pernah melakukan beberapa kali medical check, doc hanya bagi saya pecah darah sahaja. Tapi selepas tu tetap sama.
Apakah nasihat doc bagi masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur dan berpanjang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab kitaran haid anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.