
Sulit
3 tahun
Masalah kulit gatal dan mengerutu
Ianya di bahagian lengan sejak dua minggu lalu… lalu ayah saya guna hampas halia lalu dituam di bahagian kulit saya kerana ayah saya mengatakan itu kurap… tapi sudah seminggu belum sembuh dan masih luka walaupun tidak merebak .

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kegataan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Kulit kering
- Alahan dermatitis akibat peluh, fabrik, sabun dan lain lain
- Jangkitan kulat
- Kencing manis
- Penyakit buah pinggang kronik
- Penyakit hati
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.