Anonymous
6 tahun
Masalah lambat datang haid 2 minggu
Nama sy norhaniza, saya 28 tahun.saya masih belum berkahwin… Tetapi bulan june’19 haid saya sudah lewat 2 minggu sehingga harini 18/7…selalu haid sy akan dtg 28hb…atau disebabkan saya ade penyakit sawan ye doktor?..
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid normal adalah: 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal: 2-7 hari.
Punca perubahan kitaran haid boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Menyusukan anak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih



























