
Sulit
5 tahun
Masalah lelaki yang xleh nk control
Dok,saya nk tanya ade kaitan ke melancap dengan mata(penglihatan)?sbb mata saya skrg agak kurang focus n kuat berkhayal…selalu sgt terasa mengantuk wlwpn cukup tidur n rehat. n saya ade mslh kuat melancap-gatal. Hehe…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, masalah mata yang dihadapi dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti
- Rabun jauh
- Kemasukan objek asing atau debu
- Katarak - akibat diabetes yang tidak terkawal
- Glaukoma
- Jangkitan mata seperti uveitis atau scleritis
Merujuk kepada melancap, sebetulnya melancap tidak menyebabkan gangguan penglihatan.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.