
aidiltekong
5 tahun
Masalah lutut sejak sebulan yg lalu
saya seorang lelaki yang aktif bersukan (sepak takraw) . pada bulan lalu sya mendapati bahawa lutut kanan sya berbunyi ketika berjalan . bunyi tersebut sangat kuat sehingga saya mendengarinya sendiri . walaupun tidak sakit ataupun bengkak tapi saya rasa tidak selesa ketika sya berjalan ataupun berjogging . pertanyaan saya , apa perlu sya buat untuk mengatasi mslah sya ini ? adakah sya perlu mengambil ubat glucosamine ? tapi ada artikel menyatakan yg pil glucosamine tidak memberi kesan apa" pun terhdap lutut sya ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesan bunyi ketika anda berjalan boleh disebabkan:
- Fisiologi apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara meniskus lutut akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.