
Sulit
3 tahun
Masalah mata besar seperti mau keluar
Saya berumur19 tahun.mengalami sakit mate membesar seperti mata mahu keluar.mohon bantuan daripada doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah mata membesar ataupun bengkak. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Reaksi alahan
- Kecederaan akibat trauma
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan mata
- Periorbital cellulitis
- Sindrom nefrotik
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor