
Anonymous
5 tahun
Masalah mata kabur akibat jangkitan kuman
Saya umur dalam 36,mengalami sakit mata dalam15hari hingga berlaku jangkitan kuman dalam mata hitam. Saya ada rujuk pakar, dan sekarang pakar kata takperlu datang dah selepas guna ubat yang disediakan… Masalahnya sekarang pandangan saya masih lagi kabur, kadang-kadang saya terpaksa merenung untuk membaca sehingga menyebabkan saya jadi sakit kepala… Diharap doktor boleh bagi tip untuk saya. Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Jangkitan kuman boleh merebak ke bahagian mata yang lain lalu menyebabkan penglihatan kabur. Berdasarkan punca, bahagian yang dijangkiti dan tempoh masa jangkitan, penglihatan kabur mungkin hanya untuk sementara atau berkekalan. Oleh itu, cik harus merujuk kepada pakar mata untuk mengenalpasti punca masalah penglihatan cik. Jika jangkitan telah menyebebkan parut pada lapisan struktur mata, masalah kabur cik memerlukan rawatan spesifik. Jika tidak, masalah kabur mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk kembali pulih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda. Jika tiada sebarang kecemasan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.