
Sulit
4 tahun
Masalah mata kabur seperti ada asap
saya wanita berumur 21 tahun dan menghidap rabun jauh, namun saya agak jarang memakai kaca mata. namun, kira kira 15 minit yang lalu mata kanan saya kelihatan kabur seperti ada asap. apakah yang saya sedang hadapi dan apakah yang saya perlu lakukan?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata sebelah kanan yang kabur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- strok
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.