
Sulit
3 tahun
Masalah mati pucuk- tiada eraksi
saya lelaki berumur 48 tahun… sejak akhir ini saya dapati zakar sya tidak menegang pada setiap pagi… adakah ianya tanda mati pucuk?? kalau ya, apakah cara rawatannya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah zakar tidak menegang yang anda alami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Merokok
Namun, ia juga boleh berpunca daripada beberapa faktor yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor, seperti:
- Penyakit saraf
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
- Berat badan berlebihan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih