Sulit

3 tahun

Masalah membuang air besar dan gumpalan berwarna merah dalam najis

Hi. Saya seorang lelaki berusia 19 tahun. Memiliki berat badan dalam anggaran 45KG - 55KG dan ketinggian 159CM. Saya sedang mengalami masalah sukar membuang air besar. Antara perkara yang saya sedang alami sekarang sepanjang ada masalah sukar membuang air besar ialah :

  • Kadang kadang terasa mual dan ingin pitam (JARANG).

  • Perut rasa kosong dan masuk angin walaupun sudah makan (JARANG).

  • Kadang kadang perut terasa sakit dan tidak selesa (JARANG).

  • Membuang air besar kadangkala 2 atau 3 hari sekali.

  • Pernah demam sebelum ini, dimulai dengan rasa sakit tekak kemudian baru demam dan selesema dalam tempoh kurang seminggu, sekarang sudah kembali normal kecuali ada rasa tidak selesa pada bahagian tekak seperti sesuatu yang melekat tetapi tidak sakit.

  • Pernah hampir pitam dan berpeluh sejurus saya bangun daripada kerusi selepas selesai makan mi segera dengan kuantiti yang banyak.

  • Terasa sakit perut seperti mahu membuang air besar tetapi najis tidak keluar.

  • Terdapat sedikit gumpalan berwarna merah dalam najis seperti darah tetapi berwarna cerah dan ciri gumpalan seperti pepejal dan tidak cair ( kejadian hanya sekali sahaja selepas 2 hari tidak membuang air besar).

Itu sahaja masalah yang saya alami buat masa sekarang. Untuk pengetahun doktor, sebelum ni saya kerap menahan daripada membuang air besar dan kerap makan dalam kuantiti yang banyak dan juga kerap baring sejurus selesai makan. Maafkan saya andai penulisan saya sedikit berterabur. Terima kasih :slight_smile:

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah berak berdarah setelah memakan makanan yang pedas. Kemungkinan gejala ini berkait dengan pemakanan anda ataupun tidak. Untuk makluman anda, tabiat pemakanan yang kerap mengandungi makanan pedas boleh mendorong kepada penyakit usus seperti:

  • Buasir
  • Fisur dubur
  • Gastritis - Penyakit keradangan perut

Hindari masalah penghadaman daripada mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Kami sarankan anda untuk menjaga sistem penghadaman anda. Sila pantau simptom-simptom lain seperti berikut untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan mengenai masalah ini:

  • Kegatalan pada dubur
  • Konstipasi yang teruk
  • Najis berdarah yang berlarutan sehingga berbulan-bulan
  • Keletihan dan tidak bermaya
  • Pitam. Kami memahami anda mungkin pitam kerana banyak darah yang keluar bersama najis akan menyebabkan darah kurang di dalam badan anda.
  • Penurunan berat badan yang mendadak

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah najis berdarah anda hari ini.

woman-stomachache-wall-background_42682-293%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)