
Sulit
4 tahun
Masalah membuang air kecil
saya perempuan berusia 15 tahun. Baru² ini saya sering membuang air kecil. Adakala saya ingin kencing tapi air kencing sedikit sahaja yang keluar. Air kencing yang keluar sedikit tu,saya rasa tak puas sebab macam ada lagi kencing dalam pundi kencing tapi tak boleh nak keluarkan.Kalau saya duduk, saya akan lebih rasa untuk kencing.bila saya berdiri,rasa itu kurang. saya banyak minum air suam. Dan 2 hari lepas saya dah okay kurang rasa nak kencing lepas makan pisang dan timun tetiba hari ini saya kerap kencing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Masalah kencing tidak lawas boleh berpunca dari beberapa sebab, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Masalah saraf (neurogenic bladder )
- Saluran kencing yang sempit (urethral stricture)
- Karang pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa lebih lanjut dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk penerangan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.