
Sulit
5 tahun
Masalah mental yang saya belum tahu kepastiannya
Saya seorang pelajar ijazah berusia 22 tahun. Saya seorang yang sentiasa happy dihadapan orang ramai tapi apabila saya berseorangan saya sering menangis tanpa sebab. Kadang2 saya tengok signboard yg tak ada kaitan dengan saya pun saya boleh menangis.
Saya juga selalu menangis disebabkan oleh realiti sayang saya cipta sendiri walhal benda tersebut hanyalah rekaan. Saya mencipta realiti kehidupan saya sendiri untuk buatkan saya happy tapi ianya juga membuatkan saya sedih.
Kadang kadang saya hidup dalam realiti yg tak wujud dan bila tersedar saya sering terfikir “adakah aku gila?” bila saya menangis disebabkan realiti yang tak wujud
Saya juga sering berasa gelisah dan cepat marah.
Saya harap dr bisa menolong saya. Saya ingin tahu apakah yg sedang terjadi dengan diri saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kesihatan mental memerlukan penilaian rapi agar diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Maklumat yang anda berikan memerlukan sedikit penjelasan dan sebaiknya dilakukan bersama doktor pakar psikiatri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri bagi membuat penilaian kesihatan mental. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat surat temujanji dengan doktor psikiatri di klinik mereka atau hospital. Sekian