
Sulit
4 tahun
Masalah najis keras
SY MENGALAMI MASAH NAJIS KERAS WITHIN THIS FEW DAYS. SO NOW I THINK I GOT BUASIR SBBNYA DARI PUSH NK KELUARKAN IVE TO MENERAN TO PUSHED THEM OUT PLUS BILA KITA DH BASUH BERSIH I CAN FEEL SOMETHING AT MY BUTTOCK MCM DGG TERKELUAR. IS THERE ANY MEDICATION SHOULD I APPLY ON TO? TQ DOC

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, najis yang keras membawa maksud iaya kekurangan air. Masalah ini berkemungkinan disebabkan kurang pengambilah air atau najis terlalu lama berada di dalam usus sehingga air telah diresap sehingga menyebabkan najis keras. Masalah ini boleh timbul sekiranya, kurang pengambilan serat, menunda ke tandas atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Masalah yang anda nyatakan sebagai buasir perlu di periksa dahulu untuk mendapatkan diagnosis sebelum boleh memulakan apa-apa rawatan. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah seperti bengkak atau benjolan pada dubur seperti:
- Buasir
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.