
Sulit
3 tahun
Masalah overthinking
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya lelaki berumur 26, dan saya ada 1 masalah. Masalah saya ialah overthinking yg melampau, padahal benda tu takde lah masalah yg besar sgt. Contohnya, Baru baru ni saya overthinking sbb baru nak masuk kerja, saya sampai takleh tidur malam, and esoknya saya terus mcm gelisah tak tentu pasal. Saya cuba untuk lelapkan mata tp tak boleh disebabkan overthinking ni. Adakah saya perlu jumpa psychiatrist untuk consultations?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor