
Sulit
5 tahun
Masalah Payudara, keluar air dari puting Payudara. Saya tidak hamil
Hi Dr. Saya berumur 34 thn mengalami masalah sakit di kedua-dua payudara dan bila saya picit ke2,2 puting tersebut air bewarna jernih keluar dari situ. Boleh doctar terangkan pada saya, apekah masalah yang berlaku ke atas diri saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pembengkakan payudara akibat:
Terlalu banyak susu ibu
Saluran susu ibu yang tersumbat
Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Selain itu, discaj yang keluar dari puting boleh jadi suatu perkara yang biasa atau berpenyakit. Warna cecair tidak selalunya membantu untuk menentukan keseriusan masalah tersebut. Akan tetapi, berikut adalah situasi dimana discaj dari puting dikira patologi. Antaranya:
yang berdarah,
- Discaj beserta darah
- Discaj hanya keluar dari salah satu puting sahaja
- Discaj yag keluar tanpa stimulasi seperti memegang, iritasi atau dipicit
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.