
Anonymous
5 tahun
MASALAH PCOS dan kehamilan
saya berusia 29 tahun. saya ada masalah pcos.sudah berkahwin dari 2012 masih belum hamil. apakah supplement yang boleh saya ambil untuk merawat pcos yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ramai wanita yang mempunyai penyakit “polycystic ovarian syndrome” (PCOS) mengalami masalahkitaran haid yang tidak teratur.
Rawatan yang diberikan perlu membetulkan ketidakseimbangan hormon-hormon untuk mengatur kitaran haid anda. Ubat yang paling biasa digunakan ialah pil kawalan kelahiran yang mengandungi hormon yang diperlukan oleh badan anda. Terapi-terapi hormon lain yang boleh digunakan termasuk suntikan hormon, cincin faraj, alat intra-rahim yang mengandungi progesteron, implan hormon dan patch.
Wanita dengan penyakit PCOS juga mungkin dirawat dengan ubat antidiabetik, Metformin yang boleh membantu meningkatkan keteraturan haid. Tujuan utama Metformin biasanya adalah untuk merawat masalah kerintangan insulin dan diabetes jenis II yang adakalanya dihadapi oleh wanita yang mempunyai PCOS. Tetapi Metformin juga boleh membantu dengan penurunan berat badan, pencegahan penambahan berat badan dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.
Pengawalan berat badan dapat membantu mengurangkan simptom-simptom yang dihadapi oleh wanita yang mempunyai PCOS. Digalakkan mengurangkan berat badan melalui senaman dan diet yang sihat dan seimbang. Kajian menunjukkan kehilangan 5-10% daripada jumlah berat badan anda boleh membantu mengurangkan simptom-simptom yang berkaitan dengan PCOS seperti kitaran haid tidak teratur.
Mengenai supplemen, nasihat doktor adalah diperlukan untuk membantu masalah anda. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih