aley9506
3 tahun
Masalah Pendengaran Telinga
Saya berumur 25thn, baru-baru ini saya ada mencuci telinga saya menggunakan putik kapas, didalam proses mencuci tiba-tiba telinga saya tidak dapat mendengar (bhg Kiri). Dia dapat mendengar tetapi kurang jelas seperti masok air/lemas. 4 hari sudah berlalu saya dapati telinga saya berdesing tetapi tidaklah kuat…Bila telinga saya dipegang di kawasan pipi, seperti rasa kebas…saya memang takut kalau ada bunyi bedah2 nie… Sekian saja perkongsian saya doktor. Jadi apakah masalah yang saya hidapi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berlaku trauma daripada perbuatan anda mencuci telinga menggunakan kapas
Tahi telinga termampat dan menutup saluran terlinga anda
Masalah telinga lain seperti Meniere’s disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Tidak semua penyakit memerlukan pembedahan. Selian itu, pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya tiada rawatan lain atau rawatan lain gagal. Maka, anda jangan risau. Doktor akan memberi rawatan yang tidak invasif dahulu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.