
Sulit
3 tahun
Masalah pendengaran
Saya adib umur 21 tahun dari melaka…saya mengalami masalah resdung doc…sebelum ni baru 1 minggu telinga Kiri saya mempunyai cecair telinga yang menggatalkan dan kerap ada…oleh itu saya menggunakan Putik kapas dengan kerap …selang 2 hari telinga saya mempunyai pendengaran flip flop iaitu suara itu Bermain di dalam telinga mempunyai pendengaran ok dengan tidak ok …selang 3 hari selepas saya membeli produk cecair telinga dan titiskan ke putik telinga serta menggunakanya keesokkan harinya telinga saya rasa sakit dan bengkak …disebabkan itu suara saya yang keluar bermain di dalam telinga saya …tidak normal …apa yang harus saya lakukan doc
Sekian terima kasih
Adib

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah pendengaran telinga kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, masalah pendengaran dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Akibat ubat-ubatan
- Benda asing di dalam telinga
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Jangkitan telinga
- Penyakit autoimun
- Masalah saluran darah
- Masalah saraf
Memandangkan adanya gejala bengkak dan sakit, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Anda boleh menghubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.