
Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman dan pencernaan
Saya lelaki berusia 30 tahun. Sebelum ni saya ada sembelit, namun begitu, sembelit saya sudah OK tetapi maslah skrg knp najis saya tidk keras seperti biasa malahan lembik dan kecik. Mohon pencerahan dari Doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah najis yang menjadi cair selepas menghadapai sembelit. Untuk makluman anda, kemungkinan apa yang anda alami ini adalah dikenali sebagai overflow diarrhea dimana masalah sembelit anda sebelum ini telah menyebabkan najis di dalam usus yang terkumpul menjadi cecair akibat daripada rembesan usus.
Ini juga mungkin terjadi disebabkan oleh ubat sembelit yang diberi oleh doktor anda sekiranya ada seperti laxatives yang boleh mencairkan najis serta melancarkan pergerakan usus serta pencernaan yang lebih lancar. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini sekiranya perkara ini berlarutan dan semakin teruk.
Sementara itu, kami juga ingin menasihati anda agar untuk melakukan sedemikan demi pencernaan dan kesihatan usus yang sihat:
- Banyakkan minum air.
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan makan makanan yang diproses, serta mengandungi lemak tinggi dan berasid
- Elakkan makan pedas serta meminum minuman berkarbonat dan juga mengandungi kaffein.
- Kurangkan merokok dan minum alkohol
- Jaga kebersihan makanan dan juga kebersihan persekitaran
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.