
Sulit
5 tahun
Masalah peranakan wanita
Saya wanita umur 28thn,thn lepas sy mengalami keguguran,sampai sekarang saya mengalami sakit di peranakan,tapi tidak kerap.kadang-kadang bila melakukan hubungan suami isteri,esokknya mesti sakit,apa yg saya patut lakukan?dan ada ke ubat yg saya boleh makan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit pada bahagian peranakan ini boleh disebabkan:
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, sista (cyst) dalam ovari
- Endometriosis - iaitu ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Masalah fibroid/poilp
- Penyakit radang pelvis - akibat jangkitan dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.