
Sulit
3 tahun
Masalah perempuan ( period pain )
hai doc.saya remaja umur 16 tahun. setiap kali datang haid mesti akan kena period pain,rasa memang sakit sangat sampai mengganggu aktiviti harian. tak boleh duduk tak boleh berdiri, baring je boleh hm. lepastu haid selalu datang tak teratur, kadang rasa perut makin kembung,selalu rasa perut penuh/kenyang. pening kepala tu ada lah sikit. start jadi macam ni dalam umur 14 tahun macam tu laa. minggu lepas baca di internet kebanyakan orang ada ovari cyst, tu yang takut sikit sebab srmua anggap macam sakit biasa, rupanya dah tertanam 2 3 tahun. nak tanya.kakak saya pernah kena bedah sebab ada benda tu. kemungkinan saya boleh kena ovari cyst ke ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami masalah anda yang mempunyai senggugut ketika haid dan mempunyai gejala haid tidak teratur. Kami juga memahami kebimbangan anda, tentang cyst ovari yang pernah berlaku pada kakak anda, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, faktor risiko untuk seseorang mengalami cyst ovari adalah akibat masalah hormon, kehamilan, endometriosis, jangkitan pada ovari atau pernah mempunyai sejarah cyst ovari.
Masalah senggugut boleh berlaku di kalangan wanita yang masih subur. Namun gejala senggugut dan haid tidak teratur yang anda alami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.