Sulit
5 tahun
Masalah period 2 kali sebulan
Saya berumur 22 tahun berat 82kg. Saya ada masalah mengenai period. Dalam hampir 3-4 bulan, saya period 2 kali dalam masa sebulan. Dimana jarak period hanya seminggu. Kuantiti darah adalah sedikit. Kadangkala period saya melebihi 7 hari dan saya tidak mengalami senggugut. Adakah ianya normal atau saya perlu membuat pemeriksaan di klinik? Sebelum ini, period saya normal, period hanya 1 kali sebulan, mengalami senggugut, dan kuantiti darah yang banyak/normal. Mohon bantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Penggunaan ubat tertentu
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


























