
zura
5 tahun
Masalah period atau kehamilan
salam sejahtera DR,
Saya period pada 21/02/20-28/02/20.selepas period tarikh tersebut saya bersama dengan suami pd 6.03.2020…pada keesokan pagi 07.03.2020 saya tengok ada keluar darah tetapi tak banyak .pening kepala dan terasa letih.kenapa ye…adakah saya ada masalah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda teerhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih