
Sulit
4 tahun
Masalah period dan faraj
Hi doktor umur sy 23 sy nak tanya saya punya haid sangat tak teratur sejak dri bangku skolah …tapi sejak tahun lepas smpi sekarang period sy sgt2 xtratur smpai sbulan tak period kenapa ye …hm .bole bg pnjelasan tak? last sy period 19/12-25/12/20 skrang da 8/2/2021 xpriod lgi … bulan 1 waktu sy spttnye priod sy mngalami kgatalan yg sgtt teruk smpi kedlm slps bbrp hri sy shave …tapi dah baik sy jaga knrsihan smua …skrg ni da dua hri sy rse skit dkt bhgian sblah kiri klntit …prnh juga kena sblom ni skit tp sekejap jek .skrg datang balik knpe ye .
bole bg pnjelasan ? terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda berikan, saya fahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Berkenaan dengan kegatalan dan sakit pada kemaluan yang anda alami, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda mengenai perkara ini. Terdapat beberapa soalan yang harus ditanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti tempoh masa mengalami masalah tersebut dan simptom lain (keluar cecair,sakit semasa membuang air kecil). Namun, secara umum, ianya boleh disebabkan beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kulat
- iritasi kulit
- pruritus vulvae
- masalah kulit- eczema,Lichen simplex chronicus
- jangkitan kelamin
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!