
Sulit
3 tahun
Masalah period hanya datang dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja saya risau jika ianya tidak normal
Saya wanita 23 tahun dan telah berkahwin, period saya dari remaja hanya datang 2 - 3 hari sahaja, adakah ia normal atau tidak ya? Bagaimana saya nak kira waktu subur saya jika period hanya masa yang singkat? Saya ingin hamil secepatnya. Saya risau takut ianya tidak normal. Saya tidak ada masalah keputihan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, menstruasi atau haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Apabila anda mendapat haid, tubuh badan anda akan menggugurkan lapisan rahim. Darah haid akan menggugur dari dinding rahim dan keluar melalui pembukaan kecil di serviks dan seterusnya melalui vagina. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Apabila kitaran haid bulanan adalah normal dan teratur, tugas mengira waktu subur wanita akan menjadi lebih mudah. Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama anda datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari.Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid.
Anda perlukan nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!