Anonymous
3 tahun
Masalah period - harap bantu
Hi dr, saya dah berkahwin 4 tahun, masih belum ade rezeki…
Saya pernah buat semua test utk saya dan suami…kedua dua tidak ade masalah…
Period saya cume 3 hari. Adakah is normal? Selalunya hari pertama heavy flow…then continuously sikit…tapi bulan ni period saya 2x sebulan…pertama Pada 1.7 hingga 4.7 dan kemudian 30.7 semula…adakah ia normal? Saya juga mengamalkan diet…since tinggi saya 152 dan 65kg…
Harap bantu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, tempoh haid normal bagi wanita biasanya antara 2-7 hari. Jadi tempoh haid anda adalah dalam lingkungan wanita normal.
Bagi kitaran haid anda pula, kami perlu mengetahui kitaran biasa haid anda bagi mengetahui adakah ia normal atau tidak. Biasanya kitaran normal haid wanita dalah 21-35 hari.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


























