nurulaini
3 tahun
Masalah period pada hari pertama dan kedua sahaja. hari ke4 ada sedikit tompokan
hi doctor. selalu saya period 5 hari setiap bulan. kitaran tidak begitu tetap. ada cepat sehari dua atau lambat sehari dua. tapi dalam bulan ini saya period pada hari pertama dan kedua sahaja , pada hari ke 4 ada sedikit tompokan. saya ada guna urine pregnancy test sendiri dirumah tapi result negative. saya ada masalah kesihatan ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, manakala tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Kadang-kala pendarahan haid hanya akan berlaku tompokan sahaja kerana lapisan endometrium rahim yang nipis. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























