
Sulit
3 tahun
Masalah period remaja
Saya student 16tahun. Bermula 2021, period saya dtg twice a month. Whean I was 12-15, period saya normal tapi, 3 hari pertama tu darah keluar dlm kuantiti yg sgt banyak and tempohnya dlm 8-10days. When I asked doctor, he said it’s normal bcus of hormon and growth? idk… Sekarang, dtg 2 kali sebulan 7-9days. After 14-16 days, saya period balik Is that normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah kitaran haid dimana haid datang 2 kali dalam sebulan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur sebegini lazimnya boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.