
Sulit
3 tahun
Masalah period setelah berhenti pil perancang
Sy berumur 20 . Sy baru sahaja berhenti pil perancang . Sy sudah habes period 2 minggu lepas dan pada minggu ini darah keluar sedikit dlm berapa hari . Seperti hari ini keluar darah , esuk dan lusa tidak ada darah , hari keempat keluar smula sedikit darah . Adakah ini normal atau ini effect pil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk pengetahuan anda, penggunaan pil perancang juga boleh menimbulkan kesan sampingan kepada anda iaitu haid anda akan menjadi tidak teratur.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan