
Sulit
5 tahun
MASALAH PERIOD tapi mengandung
Salam Doktor, sy fasha & berusia 30th…mempunyai 3 cahayamata 2,5 & 9 th… ank last sy lahir 12/11/17, dan sy mengalami masalah, period terakhir sy 23/10/19, pd 17-20/3/20 sy telan mengambil Sunolut kerana sejak tidak period, jerawat banyak keluar dimuka & badan… Staff farmasi sarankan makan 3 biji sehari, selama 3 hari… kemudian akan period, tapi sy tidak mengalami period sehingga hari ini 13/4/20… sy juga mengamalkan ubat jamu utk buang angin badan yg di beli di kesai ubat cina sbb sejak duduk di kg sy kerap sakit kepala & badan… pd 11/4/20 & sy baru buat UPT hasilnya naik 2 line tapi 1 line sgt kabur…
adakah kandungan sy selamat utk diteruskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Oleh kerana keputusan UPT anda kurang jelas, anda disarankan untuk membuat ujian di klinik dan imbasan sekali. Langkah ini adalah untuk memastikan kehamilan anda. Anda boleh berhenti makan ubat-ubatan yang lain buat sementara waktu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.